Luno Kini Mempunyai Lebih 300,000 Pengguna Di Malaysia – Menyambut Hari Bitcoin Pizza

Diterbitkan pada Mei 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bitcoin kini telah menjadi salah satu aset digital yang popular dikalangan ramai pengguna. Salah satu peristiwa yang menjadi titik tolak kepada peningkatan populariti Bitcoin adalah apabila pada 2010 yang lepas, salah satu kedai menjual pizza telah menerima bayaran dalam bentuk Bitcoin – sekaligus memberikan nilai transaksi kepada mata wang berkenaan.

Selari dengannya, kini Luno mengumumkan Hari Bitcoin Pizza, dan menyambutnya antara 21 Mei 2021 sehingga 1 Julai 2021. Sepanjang tempoh ini, pengguna berpeluang memenangi baucar Pizza Hut apabila melakukan pembelian baucar Luno melalui Shopee dan menebusnya pada aplikasi Luno.

Bagi anda yang tidak mengenali akan Luno, ia merupakan sebuah khidmat dagangan dan juga dompet untuk simpanan aset digital yang sedia menerima pengesahan pihak berkuasa tempatan. Pada hari ini, Luno menyokong kriptowang Bitcoin, Ethereum, Ripple, Litecoin dan paling terbaru adalah Bitcoin Cash. Di Malaysia, Luno mempunyai sekitar lebih 300,000 pengguna.

Layari : Luno di Shopee

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami