Huawei Dilaporkan Mengembangkan Kerjasama Dengan Changan Membangunkan Cip Untuk Automotif

Diterbitkan pada Mei 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menurut laporan Reuters, Huawei akan mengembangkan kerjasama mereka dengan syarikat kenderaan Chongqing Changan Automobile bagi membangun cip khusus untuk penggunaan industri automotif. Ini meneruskan kerjasama antara Changan yang sebelum bersetuju menggunakan cip 5G MH5000 keluaran Huawei.

Menurut satu sumber, Changan dan Huawei kini akan melakukan persetujuan menghasilkan cip khusus untuk keperluan automotif. Tidak diketahui sama ada ini masih lagi sekadar cip 5G atau cip untuk swapandu dan kenderaan elektrik. April lalu Huawei dilaporkan membelanjakan $1 bilion dalam membuat kajian dan pembangunan melibatkan arena teknologi swapandu dan juga kenderaan elektrik.

Menghasilkan cip untuk industri automotif tidak memerlukan Huawei menggunakan teknologi lebih canggih 5nm yang kini dihalang aksesnya kerana teknologi adalah milik Amerika Syarikat. Kepakaran Huawei dalam mereka kini ditumpukan pula kepada kenderaan elektrik serta swapandu.

Mereka sudahpun mempunyai tren kuasa dan sistem operasi kendiri yang digunakan pada Seres SF5 yang dijual terus menerusi portal Huawei. Huawei turut dipercayai dalam perbincangan untuk membeli sebuah syarikat elektrik tempatan sebelum melancarkan kereta swapandu elektrik jenama sendiri sebelum Apple, Xiaomi dan Oppo.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami