MSI Malaysia Akan Membawa Masuk Tiga Model Komputer Riba Gaming Dengan Spesifikasi Terbaru Pada Harga Permulaan RM5699

Diterbitkan pada Mei 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan bahawa MSI telah mengemaskini sejumlah besar siri komputer riba gaming dan produktiviti mereka dengan siri CPU Intel Tiger Lake-H dan juga siri kad grafik terbaru keluaran NVIDIA, termasuklah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti.

Hari ini, MSI Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk tiga daripad model komputer riba gaming mereka ke pasaran tempatan tidak lama lagi, dan telah membuka pra-tempahan untuk komputer-komputer riba tersebut. Mereka adalah MSI Raider GE66, MSI Pulse GL67 dan MSI Pulse GL66.

Bermula dengan MSI GE66, komputer riba ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula 360Hz. Dari segi spesifikasi dalaman, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i9-11980HK, memori DDR4 sebanyak 16GB dan juga storan SSD NVMe PCIe sebesar 1TB.

Dari segi grafik pula, MSI GE66 yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia akan dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 yang mampu menggerakkan semua permainan komputer moden pada komputer riba ini tanpa masalah.

Bagi mereka yang hanya mahukan sebuah komputer riba gaming yang lebih mampu milik, MSI turut menawarkan dua komputer riba yang lebih mampu-milik, iaitu MSI GL76 dan MSI GL66.

Seperti yang dapat dilihat dari nama model, kedua-dua komputer riba ini hadir dengan pilihan paparan bersaiz 15.6 inci pada model GL66, manakala GL76 mempunyai paparan bersaiz 17 inci dimana kedua-duanya mempunyai resolusi Full HD dan juga kadar segar semula 144Hz.

Dari segi spesifikasi dalaman, kedua-dua model komputer riba ini dikuasakan CPU Intel Core i7-11800H terbaru, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD NVMe sebesar 512GB untuk GL66 dan 1TB untuk GL76.

Dari segi pilihan grafik, MSI GL76 dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, manakala MSI GL66 hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti yang terbaru.

Ketiga-tiga komputer riba ini dijangka akan hadir di pasaran tempatan sekitar bulan Jun ini pada harga-harga berikut:

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami