Cari @ Amanz

Sejak awal tahun ini, pelbagai syarikat telekomunikasi dibawah kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menawarkan pakej data khas untuk pelajar, membolehkan para pelajar melanggan data sebanyak 15GB sebulan pada harga RM20.

Langkah ini adalah sebahagian usaha meringankan beban pelajar ketika mengikuti pembelajaran di rumah.

Penawaran berkenaan telah pun tamat pada 31 April 2021 lepas. Apa pun, kini pihak Digi dilihat meneruskan penawaran  pelan pakej Data Khas Pelajar mereka sehingga suatu tempoh kelak.

Dengan ini, semua pelajar yang berumur antara 12 tahun sehingga 24 tahun boleh melanggan pakej internet 15GB dengan penggunaan selama 30 hari pada harga RM20.

Pelan ini boleh dilanggan melalui aplikasi MyDigi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd