Siri Asus ZenFone 8 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 28 Mei 2021

Diterbitkan pada Mei 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Asus telah mengumumkan rangkaian telefon pintar terbaru menerusi pengenalan siri Asus ZenFone 8, baru-baru ini. Melaluinya, dua model telah diperkenalkan iaitu Asus Zenfone 8 dan juga Asus Zenfone 8 Flip. Kehadiran siri ini ternyata telah mencuri perhatian ramai pihak. Bahkan rata-rata meluahkan rasa teruja menantikan pengenalannya untuk pasaran Malaysia. Bagaimanapun, penantian bakal berakhir apabila ianya diihat bakal tiba tidak lama lagi.

Memetik hantaran di Facebook Asus baru-baru ini, mereka telah mula mengacah mengenai kehadirannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 28 Mei 2021. Acara pelancaran ini bakal diadakan secara atas talian bermula jam 8 malam. Buat masa ini, masih belum diketahui informasi lanjut mengenai bilangan model yang bakal ditawarkan. Namun begitu, penggunaan ayat “Asus ZenFone 8 Series” pada hantaran berkenaan memberi bayangan akan terdapatnya lebih daripada satu model yang bakal ditawarkan kelak.

Seperti biasa, penawaran lanjut bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut termasuklah berkaitan harga rasmi peranti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami