CIMB kini dilihat telah mula memperkenalkan rekaan web baharu untuk para pengguna CIMBClicks.
Rekaan baharu ini dilihat ingin menyelarikan beberapa elemen rekaan lebih kurang menyerupai penawaran aplikasi mudah-alih mereka.
Halaman utama kini memaparkan ringkasan akaun pengguna, termasuk simpanan dan juga pelaburan, disamping menawarkan akses pantas ke beberapa menu popular pada bahagian kanan, dan juga menu penuh pada bahagian kiri.
Bagi anda yang menggunakan CIMBClicks, boleh menyemak rekaan baharu ini dengan log masuk ke CIMBClicks hari ini. Adakah anda menyukai rekaan baharu ini atau sebaliknya?