Pada hari ini, pelbagai permohonan untuk rentas negeri dan daerah perlu dilakukan secara manual. Ada beberapa pengguna turut mempersoalkan berkaitan dengan ketelusannya, dan untuk mengatasinya beberapa pengguna mencadangkan untuk menggunakan sistem permohonan melalui MySejahtera.
Menyentuh mengenainya, kini DS Ismail Sabri mengatakan pihak mereka akan membincangkan dan mengkaji berkenaan pelaksanaan cadangan berkenaan.
Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membuatkan MySejahtera sebagai salah satu sistem sehenti untuk pelbagai perkara ketika Perintah Kawalan Pergerakan kini.
Untuk makluman, sebelum ini kerajaan pernah menggunakan sebuah aplikasi khusus untuk permohonan sedemikian, dinamakan sebagai Gerak Malaysia. Namun, penggunaannya dihentikan pada tahun lepas, selepas angka penularan berkurangan drastik ketika itu.