Kerajaan hari ini telah mengumumkan SOP baharu untuk Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, dimana sejumlah sektor akan dihadkan operasi sehingga 8 malam sahaja.
Ini adalah termasuk untuk penghantaran makanan yang akan turut dihadkan antara 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Perubahan ini akan berkuatkuasa bermula 25 Mei 2021 ini.
Jikalau mengikut trend sebelum ini, aplikasi seperti FoodPanda dan GrabFood akan mengehadkan pengambilan tempahan terakhir sekitar 30 minit sebelum waktu operasi ditamatkan – iaitu sekitar 7.30 malam kelak.
Bagi anda yang sering mmbuat tempahan makanan, boleh melakukan perancangan dalam tempahan bermula 25 Mei 2021 ini.