Samsung Malaysia hadir dengan promosi khas pada penghujung minggu ini, memberikan potongan harga sebanyak RM400 untuk pembelian siri telefon pintar Galaxy S21 5G.
Dengan penawaran ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna mendapatkan siri Galaxy S21 pada harga serendah RM3099, Galaxy S21+ pada harga serendah RM3599, dan Galaxy S21 Ultra pada harga serendah RM4599.

Bersama-sama penawaran ini juga, sejumlah promosi tambahan turut ditawarkan – termasuk jaminan Samsung Care+ selama dua tahun, selain beberapa hadiah seperti Galaxy SmartTag dan lain-lain.
Samsung Malaysia menawarkan promosi ini untuk penghujung minggu ini melalui kedai rasmi Samsung dan juga secara atas-talian.
- Beli : Samsung Galaxy S21