Honor Disahkan Akan Hadir Dengan Telefon Honor Magic Dijana Snapdragon 888

Diterbitkan pada Mei 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor sedia mengumumkan yanng mana mereka akan memperkenalkan telefon Honor 50 dengan dijana cip Snapdragon 788G. Menariknya, selain daripada telefon berkenaan, kedua-dua pihak juga mengesahkan yang mana mereka akan hadir dengan telefon berspesifikasi mercu, Snapdragon 888.

Telefon pintar Honor berkenaan dijangka akan ditawarkan dibawah siri Honor Magic.

Untuk makluman, Honor Magic boleh dikatakan antara siri peranti yang sering hadir dengan sejumlah ciri-ciri eksklusif dan menarik – serta berbeza dengan penawaran yang lain. Jadi, ia tidak mengejutkan apabila Honor ingin menawarkan ia dengan spesifikasi yang tinggi.

Apa pun, buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah Honor Magic ini akan diperkenalkan secara rasminya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami