Instagram Mungkin Akan Membenarkan Anda Menerima Kod Pengesahan Dwi-Faktor Melalui WhatsApp

Diterbitkan pada Mei 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram merupakan salah satu syarikat dibawah Facebook, sama seperti WhatsApp. Menariknya, selain daripada integrasi permesejan yang bakal dilakukan oleh pelbagai perkhidmatan dibawah Facebook, kini kod awal turut memperlihatkan integrasi tambahan lain.

Melalui kod yang ditemui baru-baru ini, Instagram dilihat sedang membangunkan ciri untuk menerima kod pengesahan dwi-faktor melalui WhatsApp.

Ini akan menggantikan atau memberikan alternatif untuk pengguna menerima kod pengesahan melalui WhatsApp – berbanding menerimanya melalui SMS pada hari ini.

Ciri ini dilihat masih pada peringkat pembangunan lagi, dan tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami