BTS, salah satu kumpulan dari Korea Selatan, kini telah memecahkan sekali lagi rekod tontonan tertinggi di YouTube dalam tempoh 24 jam.
Video muzik terbaru, “Butter” dilihat berjaya mencapai angka tontonan sekitar 113 juta dalam tempoh 24 jam pertama sahaja. Video ini juga berjaya mencatatkan angka tontonan serentak 3.9 juta tontonan ketika ia “Premiere” di YouTube pada hari Jumaat lepas.
Sebelum ini, BTS pernah mencatatkan rekod tontonan tertinggi dalam 24 jam beberapa kali – termasuk pada 2020 melalui video muzik “Dynamite” yang mencatatkan tontonan 101.1 juta dalam tempoh 24 jam pertama.