Cari @ Amanz

BOE, salah satu pengeluar skrin yang popular, kini telah memperlihatkan teknologi panel skrin boleh-gulung mereka tersendiri berasaskan panel AMOLED.

Melaluinya, ia akan membolehkan pengeluar peranti menghasilkan sebuah peranti dengan skrin boleh-gulung dengan mudah – sekaligus menawarkan kategori peranti yang baharu.

Dengan konsep penggunaan skrin seumpamanya, pengguna dengan mudah boleh menarik skrin menjadi besar ketika ingin menikmati kandungan, atau melakukan pembentangkan – atau sebaliknya menggunakan ia sebagai telefon pintar dengan penggunaan skrin bersaiz biasa.

Penawaran BOE ini kelak akan membolehkan lebih ramai pengeluar hadir dengan penawaran peranti unik mereka tersendiri – sekaligus bersaing dengan penawaran peranti dengan rekaan boleh-lipat yang lain.

Buat masa ini, BOE tidak menyatakan siapakah antara pengeluar yang akan menggunakan panel mereka ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd