Data Pelanggan Malaysia Airlines Turut Tertiris Selepas Data 4.5 Juta Pelanggan Air India Digodam

Diterbitkan pada Mei 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Februari lalu, data 4.5 juta pelanggan Air India telah digodam dan syarikat penerbangan ini telah mengumumkan pelanggan mengenai insiden ini pada Mac lalu. Antara yang berjaya dicuri ialah nama, tarikh lahir, maklumat perhubungan, maklumat pasport, maklumat tiket, nombor keahlian Air India, nombor keahlian Star Alliance dan maklumat kad kredit.

Walaupun kata laluan serta nombor CVV/CVC dipercayai tidak diakses, Air India masih menyarankan pelanggan yang mendaftar di antara 26 Ogos 2011 hingga 3 Februari 2021 untuk mengubah kata laluan mereka sebagai langkah keselamatan.

Memandangkan data melibatkan pelanggan Star Alliance berjaya diakses, ia turut mendatangkan kesan ke atas pelanggan Malaysia Airlines yang merupakan ahli bersama dengan Lufthansa, Air New Zealand, Singapore Airlines, SAS, Cathay Pacific , Jeju Air dan Finnair.

Data berjaya digodam dari sistem perkhidmatan penumpang Société Internationale de Télécommunications Aéronautiques (SITA). SITA berkata mereka turut telah menghubungi pelanggan yang mereka yang terjejas akibat serangan ini sejak penghujung Mac.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami