Cari @ Amanz

Tahun lalu beberapa model Samsung Smart Monitor dilancarkan. Keunikan monitor ini ialah ia sebuah monitor komputer pintar yang turut boleh berfungsi sebagai televisyen pintar keran dilengkapi sistem operasi Tizen.

Samsung hari ini mengumumkan penawaran Smart Monitor dalam saiz baharu 43″ pada resolusi UHD untuk model M7 manakala saiz  32″, 27″ dan 24″ untuk model M5 dengan resolusi FHD. Pada model M5 juga, warna putih akan turut ditawarkan bagi membolehkan ia dengan lebih mudah diletakkan di ruang tamu.

Kesemua model menyokong paparan HDR10 untuk menonton kandungan di Netflix, Amazon dan YouTube. Selain itu pada model M7, alat kawalan jauh yang disertakan turut hadir dengan panel solar yang membekalkan kuasa serta diperbuat daripada plastik yang dikitar semula. Menerusi alat kawalan jauh ini, pengguna boleh menyeru pembantu maya Bixby, Alexa dan Assistant.

Terdapat sokongan sambungan secara HDMI dan USB-C. Kerana ia monitor Samsung, ia turut boleh digunakan untuk paparan Samsung DeX apabila disambungkan kepada telefon pintar Galaxy dan juga ciri PC on Screen yang membolehkan kandungan Windows 10 distrim terus kepada Smart Monitor secara nirwayar. Harga masih belum diumumkan pada waktu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd