Cari @ Amanz

Apple Malaysia kini telah mula menjual komputer semua-dalam-satu terbaharu mereka, iaitu Apple iMac.

Seperti ramai sedia maklum, Apple iMac 2021 yang diperkenalkan baru-baru ini membawakan dua perubahan utama – iaitu rekaan dengan pilihan warna-warni, selain pada masa yang sama dijana dengan cip pemprosesan Apple M1 tersendiri menggantikan penggunaan cip Intel.

Apple iMac Ungu

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan komputer beroperasi dengan lebih senyap, menawarkan kuasa pemprosesan pantas, dan bersaiz lebih nipis berbanding sebelum ini.

Semua iMac baharu juga turut hadir dengan papan kekunci yang mengintegrasikan sokongan pengimbas cap jari padanya.

Apple iMac 2021 ini ditawarkan pada harga bermula RM5599 di Malaysia untuk pilihan bermula 8GB RAM dan 256GB storan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd