Apple AirTag Berharga RM129 Setiap Satu Di Malaysia, RM459 Untuk 4 AirTag

Diterbitkan pada Mei 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia memperkenalkan AirTag sebelum ini, iaitu sebuah penjejak yang dihubungkan ke rangkaian FindMy. Ini sekaligus membolehkan pengguna menghubungkan AirTag ke beg, alat kawalan, kunci dan sebagainya – sekaligus memudahkan anda menjejaknya sekiranya tersilap letak.

Sebelum ini, Apple sedia mengumumkan kemaskini harga jualan untuk AirTag, dimana ia ditawarkan pada harga RM129 setiap satu di Malaysia.

Kini, beberapa pengedar rasmmi Apple, seperti Machines, telah turut menyenaraikan harga untuk jualan satu pek AirTag yang mengandungi 4 biji AirTag akan berharga RM459 di Malaysia.

Ini sekaligus akan membolehkan pengguna lebih berjimat sekiranya membeli 4 biji sekaligus berbanding membeli satu demi satu.

Buat masa ini, hanya pengedar rasmi Apple di Malaysia sahaja menyenaraikan penawaran pek mengandungi 4 AirTag ini. Di laman rasmi Apple Store, hanya satu sahaja ditawarkan pada harga RM129.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami