Singapura Menguji Pengesan Covid Menerusi Hembusan Nafas Di Sempadan Johor

Diterbitkan pada Mei 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelbagai ujian pengesan Covid-19 kini digunakan seperti calitan hidung, calitan dubur, darah dan juga air liur. Kesemuanya mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Di Singapura, sistem ujian menerusi hembusan nafas kini digunakan di pintu masuk menerusi Johor.

Sistem yang dihasilkan oleh firma tempatan Breathonix boleh memberikan keputusan dalam masa hanya 60 saat sahaja. Bagi mengelakkan kontaminasi, bahagian hembusan yang diperbuat daripada plastik digantikan selepas setiap ujian.

Dalam ujian klinikal yang telah dilakukan sejak tahun lalu, alat pengesan mempunyai ketepatan mengesan jangkitan Covid-19 sekitar 90%. Kebenaran untuk menggunakan peranti ini telahpun diberikan tetapi dengan syarat ujian antigen turut dilakukan pada pintu masuk sempadan negara.

Seperti di Malaysia, Singapura turut berhadapan semula dengan gelombang baharu dengan jangkitan yang meningkat sejak seminggu lalu. Menariknya mengenai peranti ciptaan Breathonix ini ialah ia dibangunkan dari kajian National University of Singapore yang dengan pantas telah dikomersialkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami