iPad Pro 2021 Boleh Memuat Turun Kemaskini Dengan Data Mudah Alih

Diterbitkan pada Mei 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iPad dan iPhone adalah antara peranti mudah alih yang popular serta digunakan oleh ramai orang. Tetapi seperti kebanyakan peranti Android, iPad dan iPhone bukanlah peranti yang sempurna dan ada kecacatannya juga. Mungkin bagi sesetengah orang ia bukan masalah besar, tetapi ada yang tidak gemar akan ketiadaan ciri/fungsi kecil ini.

iPad OS dan iOS tidak mempunyai sokongan memuat turun fail kemaskini perisian atau tampalan sekuriti menggunakan data mudah alih. Tidak kiralah anda duduk di negara yang ada 5G ke, ada data tanpa had ke – kemaskini hanya boleh dimuat turun dengan menggunakan WiFi sahaja. Tetapi baru-baru ini, Apple telah berubah. iPad Pro baharu dengan janaan cip Apple M1 serta sokongan 5G – membenarkan pengguna memuat turun kemaskini menggunakan data mudah alih.

Ia tidak terhad kepada 5G sahaja, malah tetapan data mudah alih juga berbeza. Dalam iPad OS 14 pada iPad Pro baharu ini memaparkan pilihan; Allow More Data on 5G, Standard dan Low Data Mode. Pilihan pertama adalah untuk panggilan video FaceTime berkualiti tinggi atau penstriman Apple TV/Apple Music. Pilihan kedua menyenaraikan yang muat turun kini dibenarkan melalui data dan pilihan akhir adalah yang asas – seperti kemaskini akan dijeda dan penggunaan data adalah kurang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami