Redmi Mungkin Akan Hadir Dengan Peranti Kamera 50MP

Diterbitkan pada Mei 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi tahun ini juga menjadi-jadi dengan penawaran pelbagai model peranti. Lebih-lebih lagi dalam siri Redmi Note 10. Lihat sahaja model Redmi Note 10 Pro, pada harga bawah RM1000 kamera 108MP disediakan, skrin AMOLED 120Hz serta pembesar suara stereo. Benar kata orang ramai, peranti murah semakin baik dan peranti yang baik semakin murah.

Terkini, peniris tekenal di China iaitu Digital Chat Station mendedahkan yang Redmi bakal hadir dengan sebuah peranti yang menggunakan kamera 50MP. Sensor kamera ini adalah sekitar 0.667-inci atau 1/1.5″, yang mana agak besar untuk peranti dalam kategori Redmi. Beliau turut menyatakan yang ia bukan berada dalam kategori Redmi Note 10, jadi mungkin siri baharu atau model baharu bagi siri yang sedia ada. Jika 108MP pun tiada masalah, apatah lagi 50MP. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami