Carian
Rekaan Honor 50 Tertiris Dengan Dwi-Bonggol Kamera Yang Unik
May 24, 2021 Effi Saharudin

Honor kini secara rasmi dibenarkan kembali menggunakan GMS pada peranti keluaran mereka selepas ia ditarik kerana mereka adalah syarikat yang bernaung di bawah Huawei. Peranti pertama dengan GMS besar kemungkinan ialah Honor 50 yang juga telah disahkan menggunakan cip Snapdragon 788G.

Kini rekaan peranti ini sekali lagi telah tertiris menerusi laman Weibo. Dapat dilihat ialah konfigurasi lensa yag agak unik. Satu lensa gergasi dipadankan pula dengan dua lensa kecil dalam bonggol yang sama. Dua bonggol yang besar untuk tiga lensa kamera adalah rekaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Selain itu pilihan dalam warna kuning dan ungu juga dapat dilihat. Selain Honor 50, Honor Magic dengan cip Snapdragon 888 juga telah disahkan. Tahun 2021 mungkin menjadi tahun dapat kembali ke landasan asal ingin menjadi pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia.

Komen