Cari @ Amanz

Android 12 sudah semakin dekat untuk tiba dengan versi yang stabil kepada peranti-peranti Pixel terpilih. Buat masan ini, ia masih lagi Beta 1 atau versi pembangunan awal untuk pengeluar peranti. Android 12 hadir dengan rekaan baharu Material You, pelbagai kemampuan kustomasi tambahan, widget baharu dan pelbagai lagi.

Antara kelebihan Android 12 adalah ia akhirnya menawarkan penggunaan butang kuasa untuk menyeru Google Assistant. Ciri ini telah digunakan banyak pengeluar peranti sejak beberapa tahun lalu, cuma baru ia hadir secara lalai dalam kod binaan Android. Secara tidak langsung, menu kuasa semakin susah untuk diakses. Pada peranti lain, boleh lakukan seakan iPhone di mana butang kuasa tekan serentak dengan butang aras suara atas untuk ke menu kuasa.

Kelak, memudahkan lagi pengguna adalah – Google membenarkan Google Assistant mengakses peranti secara lebih mendalam. Pembantu digital ini kelak boleh terus mematikan peranti dengan arahan suara sahaja. Hanya arahkan Google Assistant untuk “Hey, Google turn of my phone” dan peranti boleh terus mati. Walau bagaimanapun, ciri ini terhad pada Android 12 di peranti Pixel dan pada aplikasi Google versi beta sahaja buat masa ini.

Saya cuba pada Pixel 4 menjalankan kedua-dua Android 12 Beta 1 dan juga aplikasi Google beta, tetapi masih tidak boleh menggunakannya. Jadi buat masa ini, anda hanya boleh tetapkan butang kuasa untuk seru Google Assistant sahaja. Tiada akses pantas untuk matikan peranti lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd