Cari @ Amanz

Saban hari semakin banyak telefon pintar baru diumumkan, yang mengetengahkan kamera berkuasa tinggi untuk fotografi. Penggunan telefon pintar dengan kamera berkuasa tinggi ini juga memudahkan perkongsian gambar-gambar menarik, yang kadang-kala tidak kita sedari dan hargai.

Bayangkan Malaysia, dengan keindahan flora dan faunanya yang dihargai seluruh dunia namun mungkin kita sendiri tidak sedar akan perkara ini. Menariknya dan untuk julung kalinya, OPPO Malaysia mengadakan pertandingan fotografi dengan tema OPPO 2121 Malaysia Future Photography terbuka kepada semua rakyat Malaysia, baik anda menggunakan peranti OPPO ataupun tidak.

Mengikut tema ini, anda haruslah merakam gambar yang menyerlahkan sisi pendapat anda mengenai masa depan Malaysia pada tahun 2121. Apakah yang anda rasakan tidak akan berubah sehingga 2121 di Malaysia? Makanan? Bangunan? Keindahan Flora dan Fauna? atau mungkin rakan dan insan yang tersayang? Anda bebas untuk merakam apa sahaja bagi menyertai pertandingan ini.

Peraduan ini berlangsung dari 25 Mei sehingga 25 Jun, dan berikut merupakan cara menyertai pertandingan ini.

  1. Rakam gambar. Peserta boleh menyertai lebih dari satu tema. 
  2. Ambil gambar yang asli mengikut tema. 
  3. Hantarkan ke Instagram dengan 4 Tanda Tagar: #DearFuture2121 #MalaysiaFuture2121 #OPPOxAmanz disusuli tanda tagar berkaitan tema. (Alam Semulajadi: #DearFutureNature, Bandar/Landskap: #DearFutureLandscape, Kemanusiaan/Budaya: #DearFutureHumanity)
  4. Tag @oppomalaysia dan pastikan profail Instagram anda adalah Public, dan boleh diakses semua. 
  5. Sekiranya anda merakam gambar menggunakan telefon pintar OPPO, anda boleh letakkan tanda tagar #ShotonOPPO dan juga tera air yang memaparkan logo OPPO.

OPPO Malaysia turut menawarkan hadiah menarik untuk peraduan ini dengan pemenang mingguan akan menerima OPPO Enco Buds untuk setiap tema. Dan khas untuk pembaca Amanz, terdapat pemenang yang akan membawa pulang telefon pintar OPPO.

  • Hadiah Mingguan: OPPO Enco Buds Untuk Setiap Tema
  • Hadiah Pertama: OPPO Find X3 Pro
  • Hadiah Kedua: OPPO Reno5 F
  • Hadiah Ketiga: OPPO Band (3 pemenang)

Dan penenang diatas akan disenarai pendek bagi menjadi pemenang utama pada akhir peraduan yang akan menawarkan hadiah wang tunai buat pemenang. 

  • Hadiah Utama: RM 5,000
  • Hadiah Kedua: RM 3,000
  • Hadiah Ketiga: RM 1,500
  • Hadiah Keempat: RM 850
  • Hadiah Kelima: RM 500

Jadi tunggu apa lagi. Serlahkan kreativiti anda sekarang. Apakah perakara mengenai Malaysia yang anda yakin akan kekal sehingga 2121? Hantarkan karya anda sekarang. 

Kemaskini 2 Julai 2021: Pemenang untuk pembaca Amanz telah diumumkan disini.

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd