Tidak Dibenarkan Bekerja Dari Rumah? Kini Anda Boleh Laporkan Melalui Aplikasi WFW

Diterbitkan pada Mei 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan telah mengumumkan yang mana sekitar 40% tenaga kerja perlu BDR (Bekerja Dari Rumah) bermula 25 Mei 2021 untuk kerja swasta, dan sekitar 80% untuk kerja kerajaan. Namun, mungkin terdapat sejumlah majikan di luar sana yang tidak membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.

Bagi anda yang terkesan dengan perkara berkenaan, kini anda boleh menggunakan sebuah aplikasi khusus dinamakan Working for Workers (WFW) untuk membuat aduan terhadap majikan anda.

Aplikasi ini merupakan inisiatif Kementerian Sumber Manusia, dan membolehkan pekerja melakukan sejumlah aduan berkaitan tempat kerja.

Kementerian turut mengatakan mereka menjanjikan kerahsiaan, selain membolehkan pengguna melihat proses aduan dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini di Android dan iPhone, dan lakukan aduan terhadap majikan anda sekiranya berkaitan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami