Carian
Apple Watch Menerima Kemaskini WatchOS 7.5 – Mengaktifkan Ciri ECG Untuk Pengguna Malaysia
May 25, 2021 Aman

Apple hari ini telah menawarkan kemaskini perisian untuk jam tangan pintar Apple Watch, sekaligus mengaktifkan salah satu ciri yang dinantikan ramai, iaitu sokongan aplikasi ECG.

ECG atau bacaan electrocardiogram membantu pengguna untuk memantau ritma denyutan jantung, sekaligus membolehkan ia menilai sebarang data berkaitan jantung yang mungkin membawa kepada sebarang penyakit.

Dengan kemaskini ini juga, ia akan membolehkan pengguna tempatan untuk menerima notifikasi untuk sebarang perubahan ritma denyutan jantung mereka ketika menggunakan Apple Watch.

Untuk menggunakan ciri ECG ini, pengguna perlu menggunakan Apple Watch Series 4 dan yang terkini.

Komen