Cari @ Amanz

Amazon kini dilaporkan sedang menghampiri perjanjian dalam mengambil-alih sepenuhnya MGM Studios – iaitu studio dan penerbit disebalik filem James Bond, dan sejumlah siri TV dan filem-filem popular.

Amazon dilaporkan mungkin mengambil-alihnya pada nilai mencapai $9 bilion. Selain James Bonds, antara siri yang popular yang turut dimiliki oleh MGM Studios adalah Pink Panther, Rocky, dan siri-TV seperti Shark Tank, dan juga Survivor.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan membolehkan Amazon mempunyai sejumlah siri-TV dan filem popular yang ditawarkan pada platform penstriman Prime Video mereka – sekaligus memberikan lebih sebab kepada pengguna melanggan perkhidmatan berkenaan selain Netflix dan juga Disney+.

Amazon diperkatakan mungkin mengumumkan pengambil-alihan ini seawal minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd