MacBook Pro Baharu Dijangka Diumumkan Seawal Bulan Hadapan – Ketika WWDC 2021
Aman
Apple sedia menjadualkan acara WWDC tahunan mereka pada 8 Jun 2021 ini, dimana mereka dijangka akan mengumumkan sejumlah kemaskini untuk perisian dan sokongan pembangunan baharu.
Menariknya, mengikut desas-desus, Apple turut diperkatakan mungkin memperkenalkan MacBook Pro baharu pada acara WWDC 2021 akan datang.

MacBook Pro baharu ini dijangka hadir dengan sejumlah pembaharuan – termasuk integrasi slot kad-SD, sokongan HDMI, selain mungkin menggunakan panel berasaskan mini-LED. Apple juga dijangka akan menawarkan kemaskini cip pemprosesan yang lebih berkuasa bersama-sama dengan MacBook Pro baharu ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan penawaran Apple ini pada acara WWDC 2021 kelak yang dijadualkan pada 8 Jun 2021.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.