Huawei Menjadualkan Pengenalan Produk HarmonyOS Baharu Pada 2 Jun 2021

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei kini telah mula mengacah pengenalan produk baharu mereka berasaskan HarmonyOS pada 2 Jun 2021 kelak.

Melalui video acah yang dikongsikan, Huawei mengatakan akan memperkenalkan Huawei HarmonyOS dan juga sejumlah produk baharu pada 2 Jun 2021 ini.

HarmonyOS merupakan sistem operasi yanng dibangunkan oleh Huawei dan sedia digunakan pada beberapa peranti. Namun, semestinya ramai menantikan pengenalan rasmi produk telefon pintar Huawei menggunakan sistem operasi ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 2 Jun 2021 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Huawei melalui sistem operasi baharu mereka ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami