Pengguna iPad Pro 12.9″ Baharu Melaporkan Isu Imej Pada Skrin Kelihatan Kembang

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada iPad Pro 12.9″ baharu, panel mini-LED digunakan buat pertama kali bagi menawarkan kualiti imej yang lebih baik dan padanan warna yang lebih jitu. Tetapi menurut laporan MacRumors pelanggan awal yang menerima peranti yang dipesan melaporkan isu imej pada skrin kelihatan kembang terutamanya apabila imej terang diletakkan di hadapan latar belakang gelap.

Isu light blooming ini jelas kelihatan ketika perantis sedang dihidupkan, membaca teks dalam mod gelap dan menonton video dengan latar belakang hitam. Ia menyebabkan imej kelihatan kurang terang dan agak menyakitkan mata.

Sebagai peranti generasi pertama dengan teknologi baharu ini, masih tidak diketahui sama ada ini adalah isu kecil ataupun melibatkan kesemua peranti yang dikeluarkan setakat ini. Teknologi mini LED akan digunakan juga pada MacBook tahun ini. Ia digunakan sebagai ganti IPS LCD kerana dipercayai adalah lebih murah berbanding skrin berteknologi OLED.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami