AirAsia Big Mengingatkan Pengguna Untuk Mengubah Kata Laluan Akaun

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AirAsia Big kini telah mula menghantar emel kepada pengguna mereka, meminta pengguna untuk mengubah kata laluan untuk akaun AirAsia Big. Pengumuman ini hadir selari dengan pelbagai syarikat penerbangan yang mengalami masalah perkhidmatan mereka digodam oleh pihak ketiga akhir-akhir ini.

Melalui emel yang dihantar, bagaimanapun AirAsia BIG tidak menyatakan sistem mereka digodam atau tidak – sebaliknya hanya meminta pengguna mengubah kata laluan, dan mengelak pihak lain mendapat akses ke mata ganjaran BIG Points.

Bagi anda yang menggunakan akaun AirAsia BIG, anda boleh semak sama ada anda menerima emel berkenaan atau sebaliknya, dan melakukan perubahan kata laluan anda hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami