Kamera Utama Redmi Note 10 Pro Meraih Skor 106 Mata Dalam DxOMark

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi Note 10 Pro telah diperkenalkan sekitar bulan Mac yang lalu. Di Malaysia, ia ditawarkan pada tanda harga yang mampu milik dan pengenalannya turut memeriahkan lagi pasaran peranti pintar masa kini. Antara salah satu titik jualan pada Redmi Note 10 Pro adalah sensor utama 108-Megapixel.

Dalam perkembangan terkini, Dxomark menerusi laporan terbaru telah berkongsi mengenai keupayaan kamera utama ini. Melaluinya, Redmi Note 10 Pro dilihat meraih markah keseluruhan sebanyak 106 mata. Keputusan ini sekaligus memposisikannya setanding dengan Apple iPhone XS Max yang dilancarkan sekitar tahun 2018. Redmi Note 10 Pro juga dilihat mengutip sebanyak 111 mata untuk keupayaan kamera. Seterusnya, 52 mata untuk keupayaan zum dan 95 mata pula untuk keupayaan video.

Pujian diberikan kepada kemampuan kamera memberikan hasil potret yang memuaskan dengan kesan bokeh yang semulajadi, gambar terang dengan dedahan yang baik untuk mod ultra-lebar dan kawalan hingar minima serta sistem imbangan putih cukup baik untuk video. Kekurangan pula terletak pada perincian yang kurang memuaskan untuk gambar zum, julat yang rendah untuk video dan kadang-kala pewarnaa pada imej kelihatan kurang tepat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami