Tarikh pelancaran untuk Redmi Note 8 2021 kekal masih menjadi teka-teki. Namun begitu, Xiaomi Global kini telah mengemaskini halaman rasmi mereka dengan spesifikasi penuh untuk model berkenaan. Bukan itu sahaja, malah ia turut memaparkan gambaran jelas mengenai rekaan fizikal pada peranti berkenaan.
Memetik perkongsian tersebut, Redmi Note 8 2021 dilengkapi dengan skrin berukuran 6.3-inci FHD+ Dot Drop Display dengan kepadatan piksel 409 PPI. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Helio G85, memori 4GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman sehingga 128GB (eMMC 5.1) dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan 18W.
Tetapan kamera pula terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Seterusnya, kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – pengimbas cap jari fizikal, Bluetooth 5.2, bicu audio 3.5mm, MIUI 12.5 berasaskan Android 11 dan lain-lain. Buat masa ini, harga jualan dan tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi.