Carian
Pendaftaran Vaksinasi AstraZeneca Untuk Rakyat Dibawah Umur 60 Tahun Akan Dibuka Pada Tengahari 26 Mei
May 25, 2021 Nazrin

Pada Ahad yang lepas, pihak Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksinasi COVID-19 telah membuka pendaftaran untuk sesi vaksinasi AstraZeneca untuk warga Malaysia berumur 60 tahun dan keatas. Ramai yang menanyakan bilakah rakyat-rakyat lain boleh mendaftar untuk sesi vaksinasi tersebut.

Hari ini, Menteri Penyelaras Bekalan Vaksin COVID-19, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa pendaftaran sesi vaksinasi AstraZeneca untuk rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun dan kebawah akan mula dibuka pada hari esok, 26 Mei 2021.

Sama seperti sesi pendaftaran pada hari Ahad yang lepas, selain daripada lokasi-lokasi yang sedia ada di Lembah Klang, lokasi-lokasi vaksinasi juga ada di Johor, Pulau Pinang dan di Kuching dan Miri di Sarawak.

Untuk sesi vaksinasi COVID-19, Khairy Jamaluddin sebelum ini menyatakan bahawa sebanyak 1.2 juta dos vaksin telah diperoleh, dan lebih banyak lagi akan didapati kemudian untuk dos kedua yang dijadualkan untuk 12 minggu selepas dos pertama disuntik.

Untuk maklumat lanjut, dan bagaimana anda boleh mendaftar untuk sesi vaksinasi anda, layari laman web JKJAV di sini.

Komen