Samsung Galaxy Tab S7 FE Hadir Dengan Cip Snapdragon 750G

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Satu lagi tablet baharu dilaporkan telah ditemui di laman web rasmi Samsung Jerman. Dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab S7 FE, ia merupakan sebuah tablet yang mempunyai sokongan 5G secara terbina.

Pada dasarnya, maklumat yang diperoleh ini adalah perkongsian daripada WinFuture menerusi portalnya. Ia memaparkan gambaran jelas mengenai peranti, baik daripada segi reka bentuk fizikal mahupun spesifikasi dalamannya.

Samsung Galaxy Tab S7 FE mempunyai skrin bersaiz 12.4-inci IPS LCD dengan resolusi 2560 x 1600 piksel dan kadar segar semula standard 60Hz. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 750G, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri berkapasiti bateri 10,090mAh.

Seterusnya, ia juga dibekalkan kamera utama 8-Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah sokongan S Pen, Android 11, OneUI 3.1, port sambungan USB-C dan lain-lain. Untuk harga, Samsung Galaxy Tab S7 FE ditawarkan pada €649 (~RM3,287) untuk sebuah.

Namun begitu, hasil tinjauan kami mendapati hantaran berkenaan telah diturunkan daripada laman web tersebut. Dengan adanya perkongsian ini, kita boleh menyasarkan ia berkemungkinan muncul tidak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami