Google Docs Kini Hadir Dengan Ciri Yang Sama Diperkenalkan Words Sejak 1997

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Docs adalah alternatif kepada Microsoft Words yang percuma. Ia diselarikan pada Google Drive jadi mudah untuk diakses serta dibina dengan banyak ciri dan fungsi menarik. Tetapi, Google Docs masih lagi asas dan sekadar menyokong suntingan dokumen ringkas yang tidak rumit. Jika ada cuba buka dokumen dengan pelbagai format, perenggan, tulisan, jarak dan lain-lain – dokumen tersebut mungkin sukar dibaca atau format tersedia akan lari.

Terkini selepas sekian lama, Google memperkenalkan ciri untuk cipta dan import dokumen dengan sokongan imej di atas teks atau di belakang teks. Ia adalah ciri yang telah wujud sejak 1997 oleh Microsoft Word. Secara tidak langsung memudahkan lagi pengguna menggunakan Docs untuk pelbagai kerja-kerja melibatkan dokumen. Dengan Google mula fokus kepada Chrome OS, Pixel yang boleh berhubung dengan lebih baik pada Chrome serta trend bekerja dari rumah – Google Docs yang akhirnya mempunyai ciri asas penting pasti akan memudahkan orang ramai.

Google menyatakan yang ciri ini sudah tersedia untuk semua pengguna bermula 24 Mei 2021. Tetapi mungkin mengambil masa sekitar 15 hari untuk ia hadir secara lebih meluas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami