Cari @ Amanz

Semalam, kita telah melihat Honor Jerman membalas melalui media sosial mereka, mengatakan Honor akan menyertakan sokongan Google secara terbina pada telefon pintar siri Honor 50 akan datang. Perkara ini sekaligus mengembirakan ramai pengguna dan peminat peranti – khususnya jenama Honor seluruh dunia.

Namun, hari ini, perkara berkenaan menjadi tanda tanya kembali.

Honor dilihat telah memadam ciapan berkenaan di Twitter, sekaligus membawa kepada pertanyaan sama ada Honor 50 akan menyertakan sokongan aplikasi Google atau sebaliknya.

Untuk makluman, Honor sedia menerima kembali akses kepada cip keluaran Qualcomm, dan tidak mustahil mereka turut menerima sokongan untuk akses aplikasi Google.

Namun, ia menjadi persoalan mengapa mereka memadam ciapan berkenaan. Adakah kerana ingin melakukan kejutan pada acara pelancaran Honor 50 kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd