Cari @ Amanz

Anker merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam penawaran sejumlah aksesori untuk peranti pintar dan juga komputer riba. Terbaru, mereka telah melancarkan siri pengecas baharu dinamakan GaN Nano II.

Siri pengecas Anker GaN Nano II hadir dengan rekaan bersaiz kommpak dan lebih efisien – selain turut hadir dengan kebolehan untuk memastikan suhu tidak terlalu panas ketika pengecasan.

Siri baharu ini hadir dengan pilihan pengecasan pantas 30W, 45W dan juga 65W.

Dengan penawaran ini, ia membolehkan pengguna menggunakannya untuk mengecas dari telefon pintar – sehinggalah pengecas 65W untuk pengecasan pantas komputer riba termasuk MacBook Pro.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah siri pengecas GaN daripada Anker ini akan hadir ke pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd