Dizo Diperkenalkan – Penjenamaan Baru Realme Memfokuskan Kepada Rangkaian Produk AIoT

Diterbitkan pada Mei 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teka-teki mengenai penjenamaan baru Realme kini terjawab apabila ianya telah diumumkan secara rasmi, sebentar tadi. Dikenali sebagai Dizo atau sebutannya “Dee Zoe”, fokus utamanya adalah mewujudkan penyelesaian yang inovatif untuk rangkaian produk AIoT. Melaluinya, Dizo bakal menawarkan penyelesaian terbaik sejajar dengan pelbagai keperluan dan kehendak para pengguna di seluruh dunia.

Produk-produk dibawah penjenamaan Dizo akan memfokuskan kepada beberapa kategori produk utama – seperti hiburan pintar, rumah pintar dan penjagaan serta aksesori pintar. Di samping itu, Dizo turut mendapat sokongan kuat daripada jenama induk merangkumi tiga aspek seperti reka bentuk perindustrian, rantaian bekalan dan juga pengalaman AIoT yang berfungsi dengan sempurna menerusi aplikasi Realme Link.

Peranti baharu dibawah penjenamaan Dizo dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tapi sayangnya, mereka masih belum berkongsi sebarang butiran mengenainya. Namun apa yang pasti, penawarannya tidak terhad kepada pasaran India sahaja. Sebaliknya, ia turut ditawarkan lebih meluas ke negara-negara Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami