Microsoft Teams merupakan penawaran daripada Microsoft yang memfokuskan kepada kebolehan berinteraksi dan berkolaborasi antara satu sama lain dalam satu pasukan sama. Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh dunia, pelbagai tempat kerja dan belajar melaksanakan kaedah kerja dan belajar hibrid – sekaligus membawa kepada peningkatan penggunaan perisian kolaborasi seperti Microsoft Teams.
Terbaru, CEO Microsoft mengumumkan yang mana Microsoft Teams mempunyai seramai 145 juta pengguna seluruh dunia. Dengan perkembangan terbaru, Microsoft juga turut telah memperluaskan penawaran mereka untuk pengguna individu dan kumpulan kecil.
Pada hari ini, Microsoft Teams telah menjadi salah satu perisian yang digunakan ramai – dan tidak mustahil angka pengguna aktif perisian ini akan terus meningkat dari hari ke hari.