Aplikasi Tidal Untuk Apple Watch Membolehkan Anda Mendengar Lagu Kegemaran Tanpa iPhone

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidal dikenali orang ramai sebagai perkhidmatan penstriman muzik yang hadir dengan pilihan menstrim audio pada kualiti nirhilang, ataupun lossless. Ia hadir untuk platform Android dan iOS, dan terkini, hadir dengan aplikasi Apple Watch kendiri.

Ini bermakna bahawa dengan aplikasi Tidal terbaru ini, pengguna boleh keluar untuk bersukan ataupun beriadah, menyambungkan fon telinga nirwayar mereka ke Apple Watch secara terus tanpa perlu membawa peranti iPhone bersama-sama mereka.

Aplikasi Tidal baru ini membolehkan pengguna untuk menstrim muzik secara atas-talian ataupun di luar talian bergantung samada Apple Watch mereka hadir dengan fungsi e-SIM ataupun tidak.

Untuk menyeragamkan akaun Tidal anda dengan Apple Watch, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi tersebut terus daripada peranti Apple Watch anda, kemudian ke laman web penyeragaman Tidal dan masukkan kod yang tertera pada Apple Watch anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami