Cari @ Amanz

Sekumpulan 500 kakitangan Amazon telah menghantar surat terbuka kepada pucuk pimpinan syarikat Jeff Bezos dann Andy Jassy untuk memberikan sokongan terbuka kepada Palestin. Mereka turut menggesa supaya syarikat memperakui bahawa warga Palestin hidup dalam tekanan kerana tanah air mereka kini ditakluk oleh tentera rejim Zionis.

Amazon Logo

Dalam surat yang sama, mereka menggesa supaya Amazon membatalkan kontrak dengan organisasi yang terlibat dengan pelanggaran hak asasi manusia seperti tentera Israel (IDF). Amazon dan Google adalah dua syarikat yang mempunyai kontrak membekalkan kelengkapan pengkomputeran dengan IDF.

Seruan dari kakitangan Amazon ini sama seperti yang telah diutarakan oleh kakitangan Google dan Apple minggu lalu. Amazon mempunyai pejabat di Tel Aviv yang terdiri daripada kakitangan warga Palestin dan Israel. Walaupun surat terbuka telahpun dihantar, Google dan Apple masih belum mengeluarkan kenyataan memberikan sokongan kepada pergerakan pembebasan Palestin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd