Vaksin Moderna Didapati Berkesan Ke Atas Golongan Remaja

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Keputusan ujian klinikal pusingan pertama vaksin Moderna ke atas golongan remaja 12-17 tahun telah diterbitkan hari ini. Ia didapati berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19 dengan kadar keberkesanan 93% selepas 14 hari subjek menerima suntikan pertama dan 100% selepas menerima suntikan kedua.

Facebook Vaksin

Kajian klinikal fasa pertama ini terdiri daripada 3732 sukarelawan di Amerika Syarikat. Dalam kumpulan kawalan yang menerima suntikan plasebo, empat kes jangkitan Covid-19 dikesan. Walaupun golongan remaja mempunyai risiko rendah kematian dan menunjukkan simptom apabila dijangkiti virus, program imunisasi ke atas mereka masih perlu kerana mereka boleh menjadi penyebar wabak yang tidak disedari.

Ujian seterusnya pula akan dilakukan ke atas golongan lebih muda dengan sasaran pemberian suntikan vaksin ke atas bayi berusia enam bulan. Selain Moderna, Pfizer-BioNTech juga sedang melakukan ujian klinikal vaksin Comirnaty mereka ke atas remaja berusia 12 tahun. Ujian ke atas remaja 16 tahun telah mereka lakukan dengan keberkesanan yang tinggi selari dengan data ujian fasa tiga klinikal ke atas golongan dewasan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami