Nokia Mengesahkan Menyertai Tender Infrastruktur Untuk Rangkaian 5G Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi ramai pengguna. Selain penawaran peranti, Nokia juga turut memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur untuk telekomunikasi.

Terbaru, pihak Nokia mengesahkan yang mana mereka telah menyertai tender pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia dibawah Digital Nasional Berhad (DNB).

Di Malaysia, Digital Nasional Berhad yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan akan melabur sehingga RM15 bilion dalam pembangunan rangkaian 5G di seluruh negara. Seterusnya, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menggunakan infrastruktur DNB dalam menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai.

Selain Nokia, terdapat beberapa syarikat lain yang turut dipelawa untuk menyertai tender infrastuktur, termasuk antaranya adalah Samsung, Huawei, ZTE, Cisco, dan juga Ericsson.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami