USB-IF, badan disebalik implementasi piawaian teknologi untuk USB, kini telah mengeluarkan piawaian untuk USB-C 2.1, sekaligus membawakan beberapa penawaran tambahan.
Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan adalah penambah-baikkan penggunaan tenaga sehingga 240 watt yang dinamakan sebagai Extended Power Range atau EPR.
Dengan penambah-baikkan ini, ia meningkatkan kebolehan penghantaran melalui kabel USB-C sehingga lebih 2 kali ganda berbanding penggunaan hari ini yang dihadkan kepada 100 watt.
Peningkatan ini juga akan membolehkan pengguna untuk melakukan pengecasan komputer riba memfokuskan permainan video menggunakan kabel USB-C, atau untuk monitor 4K, pencetak lazer, dan beberapa peralatan lain.
Sebuah kabel baharu akan diperkenalkan yang menyertakan label khusus dengan sokongan EPR ini.