Pasaran China kini menerima penawaran produk baru lagi daripada Realme. Melaluinya, Realme Gt Neo Flash Edition telah diperkenalkan dan ia mempunyai spesifikasi utama yang mirip seperti generasi sebelum ini. Cumanya, sokongan pengecasan kini lebih pantas iaitu 65W – berbanding versi asal yang menyokong pengecasan 50W.
Untuk spesifikasi khusus, Realme GT Neo Flash Edition mempunyai skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan 65W.
Tetapan kamera terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel ( Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro). Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – rangakain 5G terbina, port sambungan USB-C, pembesar suara stereo, Realme UI 2.0, Android 11 dan lain-lain. Di China, Realme GT Neo Flash Edition dijual bermula RMB2,099 (~RM1,356) untuk versi asas.