Cari @ Amanz

Anda ingin membeli telefon pintar baru yang berkuasa tapi tidak mempunyai bajet yang tinggi? Telefon ini mungkin jawapan untuk anda. Xiaomi sekali lagi telah melancarkan sebuah telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia iaitu Redmi Note 10 5G. Menurut Xiaomi, telefon kelas pertengahan ini dikatakan mempunyai kuasa seumpama kelas mercu dan ditawarkan pada harga yang mampu milik. Ia dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 700 yang berasaskan teknologi 7nm serta menyokong sistem Dual 5G SIM. Apa lagi menarik tentang telefon ini?

Redmi Mi Note 10 5G ini menggunakan skrin AdaptiveSync DotDisplay bersaiz 6.5” dengan kadar segar semula setinggi 90hz. Yang menariknya tentang teknologi AdaptiveSync adalah kebolehannya untuk menukarkan kadar kelajuan paparan segar semula skrin mengikut kesesuaian penggunaannya. Sebagai contoh, apabila anda bermain media sosial, skrin ini akan menggunakan kadar segar semula 60Hz. Tetapi apabila anda bermain permua seperti PUBG Mobile, ia akan menukarkan kadar segar semulanya kepada 90hz untuk memberi pergalaman tatalan dan kawalan yang lebih lancar. Ciri ini ternyata menggunakan kuasa bateri yang lebih tinggi pada skrin apabila diperlukan sahaja sekaligus dapat mengoptimasikan penggunaan bateri dengan lebih baik.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Redmi Note 10 5G dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 700 dan menyokong Dual SIM 5G. Memori yang ditawarkan adalah sebesar 8GB RAM bersama storan 128GB. Selain itu, Redmi Note 10 5G menggunakan sistem kamera utama 48MP, kamera makro 2MP dan sensor untuk rakaman sudut kedalaman 2MP. Selain itu, bateri 5,000mAh yang digunakan dalam telefon ini menyokong kadar pengecasan sepantas 18W. Kesemua ini memberikan anda suatu pakej yang cukup lengkap untuk kehidupan seharian anda. Seperti namanya. Redmi Note 10 5G ini jelas sekali menyokong rangkaian 5G yang dikatakan dapat memberikan sambungan internet yang lebih baik. Bukan sekadar sambungan internet, malah penggunaan bateri juga dapat digunakan dengan lebih efisyen, rakaman gambar yang lebih berkualiti dan dapat memberi kepuasan yang lebih menyeronokkan apabila anda bermain permua.

Promosi

Xiaomi juga telah mengumumkan promosi terbaru mereka, iaitu Shop With Mi. Ia merupakan promosi dimana anda boleh memenangi hadiah menarik seperti pin tambah nilai Tounch’N’Go dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2,000,000 dan hadiah eksklusif lain bagi setiap pembelian telefon Xiaomi mahupun produk-produk daripada ekosistem mereka. Anda cuma perlu membuat pembelian atas talian melalui pengedar-pengedar rasmi Xiaomi dan mengimbas kod QR di bawah untuk memenanginya. Promosi ini sudah bermula dan akan berlangsung sehingga 11 Julai 2021 (bergantung pada terma dan syarat).

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan Redmi Note 10 5G ini pada harga RM799 sahaja untuk model 8GB+128GB dengan 4 pilihan warna, iaitu Chrome Silver, Graphite Gray, Nighttime Blue dan juga Aurora Green. Bagi setiap pembelian juga, anda berpeluang untuk menerima hadiah eksklusif daripada Xiaomi seperti baju Redmi Note 10 5G (untuk pembelian luar talian), Mi True Wireless Earbuds Basic 2 dan juga jaminan pelindung skrin selama 6 bulan, jika anda membuat pembelian sebelum 28 Ogos melalui kedai atas talian Xiaomi di Lazada atau pengedar-pengedar rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia. Promosi ini adalah terhad kepada yang terawal sahaja, jadi dapatkannya sekarang sementara stok masih ada.

Penafian : Advertorial daripada Xiaomi Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd