Amerika Syarikat kini secara rasminya telah pun membuang nama Xiaomi daripada senarai hitam dagangan mereka. Keputusan ini dilakukan semalam, selepas mendapat keputusan mahkamah yang terakhir, sekaligus membuang label “syarikat tentera komunis China” terhadap Xiaomi.
Sebelum ini, pada awal tahun 2021 ini, dibawah pemerintahan Donald Trump, Xiaomi telah dilabelkan sedemikian, sekaligus diarahkan untuk tiada sebarang syarikat Amerika melabur pada Xiaomi.
Lanjutan daripadanya, Xiaomi telah memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika, dan pada bulan Mac lepas, keputusan awal sedia memihak kepada Xiaomi. Kini, akhirnya keputusan akhir telah dikeluarkan, sekaligus memperlihatkan kemenangan Xiaomi terhadap kerajaan Amerika Syarikat.
Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan Xiaomi beroperasi seperti biasa, dan terus menerima pelaburan daripada syarikat berpusat di Amerika Syarikat.