ASUS Juga Dikatakan Sedang Membangunkan Chromebook Dengan Paparan 17 Inci Pertama Di Dunia

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti Chromebook biasanya dilihat sebagai peranti produktiviti bagi mereka yang mahu melakukan tugasan-tugasan harian pejabat di rumah ataupun di luar pejabat, dan lazimnya, hadir dengan rekaan padat yang memudahkannya untuk dibawa kemana-mana.

Terkini, selepas mengumumkan kehadiran siri ASUS Chromebook CM3, ASUS turut dikatakan sedang dalam proses membangunkan sebuah peranti Chromebook yang mempunyai paparan yang jauh lebih besar dari biasa, dan mempunyai nama model ASUS Chromebook CX1700 yang boleh digunakan sebagai sebuah peranti pengganti desktop.

ASUS Chromebook CX1700 ini akan dilengkapi dengan paparan bersaiz 17.3 inci dengan resolusi Full HD. Dari segi komponen dalaman, ia nampaknya akan hadir dengan cip pemprosesan Intel Jasper Lake, samada Intel Celeron 5100N ataupun Pentium Silver N6000.

Butiran lanjut mengenai ASUS Chromebook CX1700 ini masih tidak diketahui lagi, tetapi ASUS dijangka akan membuat pengumuman mengenai sejumlah peranti-peranti produktiviti baru sekitar bulan Ogos kelak. Sehingga itu, ini mungkin kali pertama kita mengetahui mengenai peranti Chromebook dengan paparan gergasi ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami