Cari @ Amanz

Gerhana bulan penuh buat pertama kalinya untuk tahun 2021 ini dapat dilihat pada petang hari ini, 26 Mei 2021, sekitar pukul 7 petang kelak. Dengan fenomena ini, orang ramai boleh melihat bulan berwarna hampir merah melalui mata kasar.

Gerhana bulan penuh ini berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan yang hampir sejajar. Bulan akan berada pada kedudukan yang dekat dengan bumi, dan berada di kawasan bayang-bayang bumi yang gelap.

Ketika berlakunya fenomena ini, cahaya matahari akan melalui bumi ke bulan, sekaligus membawa kepada bulan yang berwarna merah – salah satu sebabnya kerana cahaya merah boleh melepasi atmosfera bumi.

Bagi orang ramai, anda boleh melihat gerhana bulan penuh ini bermula 7.15 petang, dan akan tamat sepenuhnya sekitar 8.52 malam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd