Redmi Note 10 Pro 5G Dilancarkan Di China – Cip MediaTek Dimensity 1100, Kamera Utama 64MP

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi Note 10 Pro 5G kini diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di China, sebentar tadi. Melihat kepada penawarannya, jelas kelihatan terdapat beberapa perbezaan ketara padanya berbanding model Redmi Note 10 Pro yang dilancarkan di luar pasaran China – baik dari segi reka bentuk luaran mahupun spesifikasi dalamannya.

Untuk spesifikasi khusus, Redmi Note 10 Pro 5G mempunyai skrin bersaiz 6.6-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula mencecah 120Hz. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1100, memori sehingga 8GB RAM ( LPDDR4x), storan dalaman sehingga 256GB (UFS 3.1) dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 67W.

Tetapan kamera terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Makro). Seterusnya, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – Bluetooth 5.2, NFC 3.0, USB Type-C, pengimbas cap jari sisi, MIUI 12.5 dan lain-lain. Di China, Redmi Note 10 Pro 5G dijual pada harga bermula RMB1499 (~RM970).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami